Pembangunan Perisian
Pembangunan Perisian adalah keutaman perniagaan kami. Para pelanggan terdiri daripada pihak kerajaan, NGO dan orang perseorangan. Bagi memenuhi kehendak pelanggan, pembangunan perisian dibangunkan berasaskan bahasa pengaturcaraan yang berlainan.
Latihan ICT dan Perundingan
Dalam dunia global, ICT memainkan peranan dalam kehidupan seharian. Tiada sempadan geografi mahupun politik. Teknologi komunikasi hari ini membantu masyarakat lebih interaktif dalam perhubungan dan setiap individu mampu memperolehi maklumat dan seterusnya menyampaikan kepada pihak lain. Dengan yang demikian, pihak kami menawarkan latihan ICT kepada mereka yang ingin mendalami bidang tersebut serta menyediakan khidmat perundingan kepada pelanggan.
Rekabentuk Grafik dan Multimedia
Grafik dan multimedia kini telah menjadi penting dalam dunia hiburan. Hiburan dibangunkan menggunakan grafik dan multimedia agar lebih efektif kepada audien. Dengan sebab itulah, perkhidmatan ini disediakan kepada mereka yang memerlukan. Rekabentuk bukan dihadkan kepada penggunaan komputer, tetapi juga peralatan lain seperti penyuntingan video.
Rangkaian
Telekomunikasi telah menjadi de facto bagi setiap keperluan individu. Rangkaian komputer adalah salah satu daripada bidang komunikasi dan menjadi penting dalam sesuatu pekerjaan. Melalui penggunaan khidmat rangkaian komputer, pihak kami memberikan khidmat rekabentuk dan pemasangan rangkaian bagi memenuhi kehendak pelanggan. Sila lihat di sini.





Perkhidmatan
